F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT NEWER OLDER INSTGRM FCBOOK +FOLLOW

1st short story

TAKDIR YANG TERTULIS

            Nur Liyana Ariena atau lebih dikenali sebagai Liyana,gadis berumur 19 tahun.Liyana seorang gadis yang amat rajin,berdikari dan bijak.Ayu,manis dan bersopan santun orangnya.Sikapnya itu membuatkan ramai jejaka suka kepadanya dan ingin merapatinya tetapi dia tidak menghiraukannya.Baginya,belajar itu lebih penting daripada bercinta.Dia ingin mencapai cita-citanya dahulu.Hasrat hatinya  ingin menjadi seorang pensyarah yang mempunyai PHD.Liyana  mempunyai impian untuk belajar di luar negara.

Pada petang itu,hujan turun selebat-lebatnya.Liyana duduk di tangga di hadapan rumahnya sambil memegang seutas rantai.Dia mengenangkan kembali peristiwa yang sepatutnya menjadi peristiwa yang paling manis dalam hidupnya tetapi berubah menjadi peristiwa pahit yang pernah dialaminya.Ketika itu,Liyana pergi ke sekolahnya untuk mengambil keputusan SPM. Apabila tiba di rumah, dia mendapati bahawa ibu bapanya tiada di rumah. Beberapa minit kemudian,dia menerima suatu panggilan yang menyatakan bahawa ibu bapanya telah terlibat dalam suatu kemalangan teruk. Kemalangan itu melibatkan kereta ibu bapanya yang bertembung dengan lori yang membawa kayu balak. Air matanya terus mengalir deras. Rasa sedih,sebak menghantui diri Liyana. Hasratnya untuk  menyampaikan berita gembira bahawa dia telah mendapat 9A+ dalam SPM tidak kesampaian.Rantai yang dipegangnya itu merupakan rantai yang dibeli oleh ibu dan bapanya.Ibu dan bapanya pergi meninggalkannya bersama 2 orang adik kembarnya, Dian dan Danish.

“Sudahlah kak,yang pergi tetap pergi.Kita yang masih bernyawa ini kenalah meneruskan hidup.” Sergah Danish.

 “Betul tu kak.” sokong Dian.

Liyana memandang ke arah mereka. Dia memberi senyuman dan terus memeluk mereka.Liyana amat sayang kepada adik-adiknya.Dia mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada adik-adiknya itu sepertimana ibu bapanya mencurahkan kasih sayang mereka kepada Liyana,Dian dan Danish. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi hon.Rupa-rupanya seorang posmen datang ke rumah mereka.Dia menggigil kesejukan akibat hujan.

“Nur Liyana Ariena binti Dzahir.”

“Itu nama saya.”kata Liyana.

Posmen tersebut terus menghulurkan sepucuk surat kepada Liyana. Baru sahaja Liyana ingin membuka sampul surat itu,dia terdengar azan Maghrib.

“Eh,sudah masuk waktu Maghriblah.Marilah kita masuk.Kita solat berjemaah hari ini.Kita baca surah yassin sekali untuk ibu dan ayah.” Kata Liyana kepada Dian dan Danish.

Selesai solat,Liyana duduk di ruang tamu.Dia membuka surat yang diterimanya petang tadi.

“Surat tawaran belajar ke luar negara tajaan MARA.”begitulah bunyi surat itu.

Membulat matanya membaca surat itu.Dia telah mendapat tawaran belajar di Jepun.Dia berasa amat gembira.Hasratnya ingin belajar di luar negara akhirnya tercapai.

“Terima kasih,Ya Allah.”bisik hati Liyana.

“Kenapa kakak tersengih-sengih ni. Macam ada berita gembira saja.Beritahulah kami.” Kata Dian.

 Liyana tersenyum dan menarik nafas panjang sebelum menceritakan berita gembiranya itu.

 “Kakak dapat tawaran sambung belajar ke luar negara!”

 Senyuman yang terukir pada bibir Dian dan Danish hilang selepas mendengar berita itu.

“Kenapa ni? Kamu tak suka ke ada kakak yang berjaya macam kak Liyana ini?”

 “Bukan begitu kak.Kami berbangga ada kakak yang berjaya seperti kak Liyana.Cuma….”

“Cuma apa Danish?” Tanya Liyana.

“Cuma siapa yang akan menjaga kami apabila kakak  ke luar negara nanti? Kakak pun tahu kan,kita ini sudah tiada saudara-mara lagi.” Balas Danish.

“Betul tu kak.Bukannya kami ingin menghampakan kakak,tetapi kami baru berumur 13 tahun.Banyak benda yang kami tidak tahu lakukan.” sambung Dian.

 Liyana hampa selepas mendengar luahan hati adik-adiknya itu.Ada betulnya kata-kata mereka itu.

Setiap hari Liyana membaca surat tawaran itu. Dia bingung.Impiannya selama ini ingin belajar di luar negara kini berada di depan mata tetapi apabila dikenangkan kata adik-adiknya itu dia terus putus harapan.

“Ya Allah,Kau bantulah hambaMu ini membuat keputusan Ya Allah. Kau berikanlah petunjuk kepada ku. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Mengetahui akan segala yang terjadi.” Mohon Liyana.

Setiap hari dia berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa untuk memberinya petunjuk.

            Pada suatu hari,beberapa orang dari Pejabat MARA datang ke rumah Liyana bersama sepasang suami isteri.

 “Kami dari Pejabat MARA. Kenalkan ini Puan Khadijah dan Tuan Kamil.Mereka ini merupakan bapa dan ibu saudara kamu semua.” ujar salah seorang daripada mereka.

Membulat mata mereka semua adik beradik.

“Tapi setahu kami,kita  sudah tiada saudara  mara lagi.” Kata Dian.

 “Sebenarnya hanya kamilah satu-satunya saudara kamu yang tinggal.Selama ini kami duduk di Australia,tetapi setelah mendengar  berita tentang kematian ibu bapa kamu,kami terus bergegas pulang ke Malaysia.”Terang Tuan Kamil.

  “Tujuan kami datang ke sini adalah untuk memberi peluang kepada kamu menyambung pelajaran kamu ke luar negara.Sebab itulah kami membawa mereka ke sini untuk menjaga adik-adik kamu,Liyana.” Kata salah seorang pegawai.

“Hah? Belajar ke luar negara? Tapi……Saya tak sanggup nak meninggalkan adik-adik saya.” Terang Liyana.

 “Akak,kak pergi sajalah.Bukankah ini impian akak ? Lagipun makcik dan pakcik ada untuk menjaga kami.”Pujuk Danish.

 Liyana sebak sehingga menitiskan air mata.          

“ Betul tu Liyana.Pergi sajalah.Makcik dan pakcik boleh jaga adik-adik kamu tu. Pergi lah . Ini untuk kebaikan kamu juga.” Pujuk Puan Khadijah.

 “Jadi…………. Liyana,apa jawapan kamu?” Tanya salah seorang pegawai.

“Bagilah saya masa untuk berfikir.” Pinta Liyana.

“Baiklah,jika kamu sudah ada jawapannya telefonlah kami.Kamu jangan risau,segala perbelanjaan kamu di sana ditanggung oleh kami.” Jelas pegawai tersebut.


            Keesokan harinya,Liyana telah membuat keputusan.Setelah berbincang dengan makcik,pakcik serta adik-adiknya,dia telah bersetuju untuk menyambung pelajarannya ke luar negara. Setelah beberapa minggu berlalu,kini tibalah masanya untuk Liyana pergi ke Jepun untuk menyambung pelajarannya. Liyana memberi lambaian terakhir dan mengukir senyuman manis sebelum masuk ke kapal terbang.Dia bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan hasratnya untuk belajar keluar negara.Sesungguhnya inilah takdir yang telah tertulis untuknya sejak azali lagi.

= Itsmehaeraaa checking out ! =